Akaun literasilaw.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.
Seminar Hak Kita


1) Apa itu Seminar Hak Kita?


Seminar Hak Kita merupakan sebuah seminar atas talian (online) yang menerangkan tentang 4 hak seseorang melalui undang-undang:

i- Hak sebagai pekerja

ii- Hak untuk menyaman

iii- Hak dalam pewarisan harta (Muslim dan Non-Muslim)

iv- Hak dalam perundangan jenayah

Seminar ini dianjurkan oleh syarikat Literasilaw Consultancy, yang telah menganjurkan 8 seminar dan program berkenaan undang-undang sejak Jun 2021. Panel-panel jemputan merupakan Peguam, ahli akademik dan pengurus syarikat yang berpengalaman luas dalam bidang masing-masing.


2) Program ini sesuai untuk siapa?


  • Semua orang tidak kira bangsa dan agama, terutamanya yang TIDAK ADA pengetahuan berkenaan undang-undang.
  • Yang tidak pernah belajar undang-undang, tetapi sering mengambil berat tentang isu semasa dan politik.
  • Yang berminat untuk belajar asas undang-undang, tetapi tidak kesampaian.
  • Yang mempunyai masalah undang-undang dan ingin mendapatkan khidmat nasihat daripada pakar
  • Yang mempunyai persoalan-persoalan yang menganggu minda berkenaan topik yang dibentangkan


3) Bila program ini akan diadakan?


Seminar Hak Kita akan diadakan pada 3 hingga 4 Disember 2021,  iaitu hari Jumaat dan Sabtu.

Alamak, Jumaat saya kerja! Macam mana ni?

Jangan risau, hari Jumaat tersebut akan bermula pada jam 8.30 malam. Oleh itu, pulang dari tempat kerja, rehat-rehat dahulu, bersiap, kemudian boleh sertai program ini. 


Berikut merupakan tentatif program:




4) Apa tawaran menarik dalam seminar ini?


i- Anda akan menerima sebuah E-Sijil bersama nama anda. Oleh itu, apabila mendaftar, letak nama penuh-penuh ya. 

ii- Semua peserta akan menerima rakaman setiap slot. Oleh itu, jangan risau sekiranya anda terlepas!

iii-  Semua peserta akan dimasukkan dalam satu group Whatsapp.

iv- Program dijalankan melalui Zoom Meeting. Anda tidak perlu buat akaun Zoom. Hanya download aplikasi Zoom, atau gunakan sahaja komputer. Tekan link yang akan diberikan, dan anda akan terus sertai program ini. Mudah sangat.

v- Anda berpeluang bertanya apa sahaja sepanjang program dijalankan. Soalan-soalan anda itu, kemungkinan akan dicaj dengan harga yang agak tinggi di luar sana, tetapi dalam program ini, anda boleh bertanya apa sahaja secara percuma.


Anda juga boleh baca testimoni-testimoni daripada bekas peserta Program Literasi Undang-Undang yang lepas di sini: testimoni program LUU.


5) Berapa harga yuran program ini?

Yuran program ini adalah RM70.

Namun, sekarang ada tawaran menarik.

Tawaran harga promosi:

RM49.00

Tawaran harga program ini terhad sehingga 14 November 2021 sahaja.

Selepas tarikh ini, program akan kembali semula kepada harga asal.


6) Saya nak daftar! Bagaimana caranya?


i - Isi nama penuh anda di dalam borang di bawah. Pastikan nama penuh, kerana nama itu akan ditulis dalam E-Sijil.

ii- Lakukan pembayaran melalui online. 

iii- Tunggu sehingga anda dimasukkan dalam Group Whatsapp.




PERHATIAN!!!

Sekiranya anda mempunyai masalah pembayaran online, atau ingin membayar melalui mesin ATM, anda boleh Whatsapp kami dengan menekan link ini atau Whatsapp terus ke nombor 011-20905103.