Akaun literasilaw.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.
Pendaftaran Literasi Undang-Undang Siri II

                

PROGRAM YANG MENDEDAHKAN ANAK-ANAK ANDA DENGAN DUNIA PERUNDANGAN

Seminar Peguam Junior merupakan seminar yang dianjurkan oleh Literasilaw Consultancy (IP0560887-H), merupakan program pertama di Malaysia yang mendedahkan pelajar-pelajar tentang bidang perundangan serta asas undang-undang Malaysia. Kali ini, program ini akan dijalan pada 19 September 2021 (Ahad) melalui ZOOM Meeting.

Program ini terbuka kepada semua pelajar berusia 11 hingga 17 tahun terutamanya yang berminat untuk menjadi seorang Peguam, atau bercita-cita terlibat dalam dunia perundangan.

Malah, program ini juga dapat menimbulkan minat terhadap para pelajar terhadap dunia perundangan.



Untuk makluman anda, dalam industri perundangan, terdapat pekerjaan lain selain Peguam iaitu Hakim, Majistret, Timbalan Pendakwa Raya, Pegawai Pendakwa, Penasihat Undang-Undang, In-House Counsel, Pendaftar Mahkamah dan bermacam-macam lagi! Tidak keterlaluan dinyatakan bahawa Jurusan Undang-Undang merupakan jurusan paling luas di dunia ini, kerana mampu untuk menjawat pelbagai jenis pekerjaan (malah, 4 daripada 8 orang Perdana Menteri kita lulusan undang-undang!).


Program ini akan dijalankan dengan santai, menghiburkan, di samping slaid pembentangan yang amat menarik bagi pelajar-pelajar sekolah.


Pengisian Seminar Peguam Junior:

1. Peluang-peluang kerjaya lulusan Undang-Undang

2. Syarat-syarat mengambil jurusan undang-undang di universiti

3. Cara-cara untuk menjadi Peguam

4. Cara-cara untuk terlibat dengan kerjaya dalam bidang perundangan yang lain

5. Cabaran-cabaran bekerja dalam bidang perundangan

6. Asas undang-undang Malaysia


Profil Penceramah



Mufarwa Farid atau nama sebenarnya Muhammad Farid Wajdi merupakan seorang Peguambela dan Peguamcara. Beliau merupakan lulusan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan lulusan Ijazah Sarjana Undang-Undang Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Beliau juga merupakan pengasas bagi Program Literasi Undang-Undang dan pemilik Literasilaw Consultancy, telah menyampaikan seminar kepada para peserta lebih daripada 300 orang dari seluruh Malaysia.

Sebelum bergelar sebagai seorang Peguam, beliau aktif menyampaikan ceramah motivasi sekolah dan telah dijemput oleh lebih 400 sekolah, institusi pendidikan tinggi dan anjuran-anjuran awam sehingga ke Indonesia. Beliau merupakan seorang penulis buku dan telah menghasilkan 3 buah buku, dan 5 buah e-book. Beliau juga merupakan pempengaruh di Facebook, dan sering berkongsi tentang ilmu perundangan di laman tersebut. 



100% online melalui ZOOM Meeting. Tak perlu ada akaun ZOOM pun boleh sertai.




 Sijil akan diberikan selepas selesai program kepada seorang sahaja peserta yang berdaftar.


Bila program ini akan berlangsung?

19 SEPTEMBER 2021

(AHAD)

JAM 10.30 PAGI HINGGA 1.00 TENGAH HARI


Bagaimana cara menempah?

Lakukan pendaftaran, dan pembayaran. Kami akan memasukkan dalam group Whatsapp seminggu sebelum program. Kemudian, kami akan berikan link ZOOM bagi program ini.