
Pernah tak anda baca isu semasa, tetapi anda tidak faham dengan isu tersebut?
atau
Anda baca satu isu, tapi tidak pandai mengulasnya dengan profesional?
atau
Anda pernah bercita-cita belajar undang-undang, tapi tak tahu di mana?
Percaya atau tidak, Kelas Literasi Undang-Undang 4.0 akan membantu anda bagi memahami dan mengulas satu-satu isu dari sudut undang-undang, serta membawa anda untuk berfikir seperti seorang Peguam!
APA ITU KELAS LITERASI UNDANG-UNDANG?


Kelas Literasi Undang-Undang merupakan sebuah kelas undang-undang secara atas talian yang dikendalikan oleh Literasilaw Consultancy (IP0560887-H), dan merupakan kelas undang-undang online pertama di Malaysia. Pada tahun ini, telah 5 kelas diadakan, dengan seramai lebih 300 peserta menyertainya.
Ia merupakan sebuah program pembelajaran undang-undang yang boleh disertai oleh sesiapa sahaja, terutamanya kepada yang tiada latar belakang atau asas ilmu undang-undang. Program yang diasaskan oleh Tuan Mufarwa Farid ini merupakan program keempat yang telah diadakan.
Kelas kali ini akan dijalankan selama 4 minggu, pada setiap hari Sabtu bulan Oktober merangkumi 4 topik. Maklumat program adalah seperti berikut:
Minggu Pertama:
Undang-Undang Seksual
9 Oktober 2021 (Sabtu)
10.30 pagi hingga 12.30 tengah hari
Pengisian:
1- Jenis-jenis kesalahan seksual terhadap orang dewasa
2- Jenis-jenis kesalahan seksual terhadap kanak-kanak
3- Tindakan yang seharusnya diambil apabila berhadapan dengan kesalahan seksual dewasa
4- Tindakan yang seharusnya diambil apabila berhadapan dengan kesalahan seksual kanak-kanak
5- Study case kes-kes seksual terhadap dewasa dan kanak-kanak
6- Kelebihan dan kekurangan undang-undang seksual di Malaysia
Minggu Kedua:
Undang-Undang Rumah Tangga
16 Oktober 2021 (Sabtu)
10.30 pagi hingga 12.30 tengah hari
Pengisian:
1- Jenis-jenis pembubaran perkahwinan menurut Islam
2- Jenis-jenis pembubaran perkahwinan non-Muslim
3- Undang-undang terhadap keganasan rumah tangga
4- Perkara yang seharusnya dilakukan sekiranya terdapat keganasan rumah tangga
5- Perkara yang seharusnya untuk membubarkan perkahwinan dari segi Syariah Malaysia
6- Perkara yang seharusnya untuk membubarkan perkahwinan dalam undang-undang sivil
7- Hak penjagaan anak dalam Syariah
8- Hak penjagaan anak dalam undang-undang sivil
Minggu Ketiga:
Undang-Undang Media Sosial
23 Oktober 2021 (Sabtu)
10.30 pagi hingga 12.30 tengah hari
Pengisian:
1- Undang-undang Malaysia berkaitan penggunaan media sosial di Malaysia
2- Fitnah di media sosial dan prosedur dari sudut undang-undang
3- Undang-undang berita tidak benar termasuklah penyebaran berita palsu mengenai Covid-19.
4- Undang-undang berkaitan scammer
5- Hak-hak bersuara dalam media sosial
6- Undang-undang viral berita berkenaan kanak-kanak
Minggu Keempat:
Undang-Undang Kedaulatan Negara
30 Oktober 2021(Sabtu)
10.30 pagi hingga 12.30 tengah hari
Pengisian:
1- Sejarah ringkas penubuhan Malaysia serta negeri-negerinya
2- Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang negara
3- Cara undang-undang Malaysia dibuat
4- Peranan Yang di-Pertuan Agong, Raja-Raja Melayu, Perdana Menteri dan Jemaah Menteri
5- Campur tangan politik dalam perundangan Malaysia
6- Hak-hak pendatang dalam Malaysia
Moderator

Mufarwa Farid
Mufarwa Farid atau nama sebenarnya Muhammad Farid Wajdi merupakan seorang Peguambela dan Peguamcara. Beliau merupakan lulusan lulusan Ijazah Sarjana Undang-Undang Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) serta Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
Beliau juga merupakan pengasas bagi Program Literasi Undang-Undang dan pemilik Literasilaw Consultancy, telah menyampaikan seminar kepada para peserta lebih daripada 300 orang dari seluruh Malaysia. Beliau merupakan seorang penulis buku dan telah menghasilkan 3 buah buku, dan 5 buah e-book. Beliau juga merupakan pempengaruh di Facebook, dan sering berkongsi tentang ilmu perundangan di laman tersebut.
PERCUMA

E-Book Asas Undang-Undang Malaysia bernilai RM60

PROGRAM INI 100% ONLINE, DAN AKAN BERLANGSUNG DI ZOOM MEETING

Rekod kelas akan diberikan, namun terhad untuk 48 jam sahaja

E-Sijil akan diberikan

Soal jawab dibenarkan melalui ruangan chat Zoom

Anda akan dimasukkan dalam group Whatsapp
YURAN PROGRAM
RM100.00
yang merangkumi:
4 sesi full access
+
E-Sijil
+
E-Book 'Asas Undang-Undang Malaysia (Bernilai RM60)
+
E-Book Perlembagaan Persekutuan
+
E-Book Akta-Akta Utama di Malaysia
+
Soal jawab dengan panel sepanjang sesi berjalan

